Friday, June 17, 2016

Breadmaker vs mixer

Dalam dilema antara Breadmaker Atau mixer?
Okey..sedikit Panduan utk anda dari Saya yg berpengalaman aktif menggunakan breadmaker.

Breadmaker digunakan untuk menguli tepung. Samada utk membuat doh roti, pizza, kulit karipap, roti canai, donut, dan yg seangkatan dengannya.

Sebelum berkeputusan membeli, Saya senaraikan berikut kelebihan menggunakan breadmaker dan kekurangannya Berdasarkan pengalaman Saya.

Kelebihan:
1. Boleh buat kerja lain. Masuk bahan2, kemudian tinggalkan ia bekerja seorang diri. Tak perlu risau dia overbeat ke.. motor panas ke.. Sbb Breadmaker mmg direka khusus utk menguli adunan. Dan ada timer . Inilah kelebihan yg mixer takda.
2. Boleh masak jem, roti loaf, cake.. Sbb dia ada fungsi bake.
3. Boleh dapat harga murah serendah bawah rm200!
Dan.. takde lagi lenguh2 ltangan n tangan, sakit2 bahu Sbb dh ada Breadmaker! Hihi

Kekurangan:
1. Menguli sangat slow memakan masa lebih kurang 1 jam.
2. Perlu repeat uli utk dapatkan doh elastic.
(Boleh rujuk post ni apa itu doh elastik: http://munamaria.blogspot.my/2011/03/donut-lembut-dan-gebu.html?m=1)




Saturday, November 30, 2013

Donut Lembut dan Gebu (2)

BismillahiRRohmaniRRohim,

Segala puji2an hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan menulis lagi di blog ini yang agak sepi sebab kurang entry.. bukan apa, banyak sangat rasanya komitmen semenjak dua ni.. DAN...yang sebenarnye sy kurang motivasi untuk menulis.. saya lebih seronok berkesperimen di dapur dan menikmati hasil2 resepi yang dipelajari di alam maya dan perkongsian ilmu dengan kawan2 atau mereka yang lebih arif. Lagi pulak, saya fikir saya tak berapa terror mcm otai2 spt jintanmanis.com, chef noraini.. izah daut, Mat gebu.. dll banyak lagi kalau hendak disenaraikan. Mereka bukan sahaja pandai memasak, tetapi saya kagum sebab rajin mengupload gambar2 hasil mahsal mereka ke dlm web/ bolg masing2.. huh, nesar sungguh pahala mereka.. Mana taknya, cube puan-puan bayangkan kalau new-bie mcm saya ni dulu.. mencari-cari resepi dan teknik nk buat donut/ roti / whateverlah.. hah,.. dh terhidang ilmu di blog2 mereka siap dgn grafik yang cantik menarik tertarik lagi.. menambahkan motivasi kita utk memulakan langkah kan..

Pastu, kita buat pulak.. hidangkan pd suami dan anak2.. keluarga happy dan sihat sbb makan hidangan masak sendiri.. puas hati.. suci -bersih.. halal & toyyib sebab kualiti dipelihara dan akhlak terjaga.. membangun insan cemerlang gemilang terbilang.. fuh..panjang sungguh sy nyer explanation.. Smpai melalut2 pulak.. hehe..

Oklah puan-puan, saya nak kongsi lagi ni.. kalau nak buat donut yang rasa ala-ala Dunkin Donut tu.. ada beberapa petua yang puan-puan boleh aplikasikan.. petua2 ni saya dpt secara tak sengaja dan experiment suka suki..

Alkisahnye.. anak sulong saya nani-nani tu cerewet banyak  sikit.. kalau makan ikut mood dia.. kalau saya buat roti dia mesti nk filling coklat..kalau takde filling coklat haruslah dia tak makan.. haa... mak mana tak bengang kan.. punyalah beria bagai memerap adunan SPONGE DOUGH semalaman ferment.. esoknye menguli-proof-uli lagi smpai elastik-proof lagi.. hadoi.. makan 2 hari tau nak buatnye.. sebab saya guna sponge method receipe utk dpt hasil yang sgt memuaskan selera hati TANPA menggunakan bahan2 kimia seperti Bread Improver, Dough Softenert, Emplex dll.. no-no-no to mende2 pelik tu kan.. hanya method-method natural sahajo ok..

hah.. punya panjang mukaddimah.. ok..disebabkan nani-nani memilih sangat.. suatu hari saya buat roti tapi dia kata dia nak makan donut... maka, adunan roti tu saya bentukkan mcm dont dan gorenglah....
Hasil nya--- Walla weii... sedap gila! mcm makan dunkin donut.. cume rupanya tidaklah mcm dunkin donut.. sebab lepas goreng-sejuk terus ngap. tak payah boh serbuk gula pun sodap.. saya letak coklat cair je kat atasnya..

So, kesimpulannya tips yg sy nk kongsi ialah :
1) GUNA RESEPI ROTI
2) Resepi roti tu.. guna Tepung High Protein (Tepu khas utk buat roti ok..)
3) Guna Shortening. Jangan guna marjerin/ minyak. Hasilnya pasti berbeza
4) Guna Sponge and Dough Method.
5) Gula diblend halus selepas menyukat
6) Kalau guna half-half tepung roti dan gandum biasa pun jadi gak.
7) Doh mesti diuli dengan betul (insyaAllah sy akan kongsikan bagaimana dikatakan doh telah diuli dengan betul) boleh Baca entry ni yg menunjukkan kita dh uli tepung high protein dgn betul..
http://munamaria.blogspot.my/2011/03/donut-lembut-dan-gebu.html?m=1

Saya suda jatuh centa dengan Sponge and dough method.. sape2 yang pernah cube.. mesti jatuh cinta.. cume tak bape bekenan dengan tempoh ferment starter tu.. lama sangat.. tapi pernah juga saya proof sponge starter tu dalam 3 jam,,.. hasilnye boleh dikatakan sama.. huh, seronok-seronok i wei.. experiment berjaya walaupun menderhaka resepi.. hehe

Haaa... apa lagi puan-puan, dah tahu rahsianya.. silakan google : Sponge and Dough Method Bread.. tengok kat image search.. mesti teruja gila dengan resultnye..

sekian entry kali ini..
sampai ketemu lagi.. ok.

Wassalam.. :)


Friday, August 2, 2013

Panduan Membeli Oven

BismillahiRRohmaNiRRoohim

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya menulis lagi. Saya ingin kongsikan sedikit tips kepada yang baru pertama kali ingin membeli oven. Bagi yang telah memilikinya, mungkin telah tahu apa sebenarnya yang anda mahukan dalam penggunaan seharian.

Tips2 yang saya kongsikan disini ialah berdasarkan pengalaman sendiri dan sesuai bagi mereka yang mahu menjimatkan perbelanjaan / dengan kata lain mendapat lebih nilai dalam wang yang anda keluarkan bagi membelinya.

Mungkin bagi anda yang "kaya" tak kisahlah beli saja.. kalau tak berkenan, boleh beli yang lain. Oklah kalau anda berfikiran begitu. Bagus juga oven lama anda disedekahkan ke rumah anak2 yatim or golongan miskin supaya ibu mereka dapat menggunakannya sebagai alat utk menambah pendapatan. Dapat juga jual kek karamel, biskut raya dll..

Bagaimanapun, kita mestilah bijak dalam menguruskan perbelanjaan. Saya pernah jumpa seorang beli oven biasa sahaja dengan harga RM3000+. Oven saiz sedang2 saja.. takat boleh bakar kek 1 Kg saja. Pulaknye, takde warranty. Takde buku manual, apeke heynye cik kiah oi..?

Eh, takpe sbb dapat byk hadiah lain.. periuk belanga..

Oh, tidak.. sayangnya.. mcm kena tipu saja. Dengan harga demikian, tahukah anda.. anda boleh membeli oven dua fungsi iaitu fungsi membakar + fungsi gelombang micro. Periuk belanga tu beli yang kualiti pun, takkan sampai ribu2 harganya cik akak,.. PLUS anda boleh dapat warranty, manual book, dan servis yang baik bagi barang elektrik jenama terkemuka.

Ok, perkara pertama yang mesti anda tahu ialah apa sebenarnya tujuan anda ingin membeli oven.

1) Sekadar suka2 sebab dapur takde aksesori
2) Untuk kegunaan masa depan. Sebagai aset saja sebelum wang habis entah kemana
3) Untuk panaskan lauk pauk atau defrost makanan dari freezer sahaja.
4) Untuk buat kek/ biskut tujuan bukan komersial sekadar makan2 sendiri
5) Untuk buat kek/ biskut tujuan berniaga (komersial)
6) Untuk boleh digunakan dalam semua keadaan, utk buat kek biasa, kek lapis, roti, biskut, defrost makanan dari freezer, memanggang, membakar dll gunaan dapur rumah.

Memandangkan saya wanita bekerja tapi pada masa yang sama saya amat meminati kerja2 memasak, maka saya highlight dulu sebab yang no.6 di atas tu.

Bagi membakar kek/biskut/roti/pizza/ayam, INGAT ni ok.. sebaiknya anda membeli oven yang memiliki ciri2 seperti:

- fungsi api atas DAN bawah
-ada button utk padamkan api atas sahaja atau padamkan api bawah sahaja. (tujuan utk kek masak dengan rata dan tidak hangus sebelah bawah sahaja. tapi atas tak masak sempurna, dan utk bakar kek lapis)
-ada lampu (utk tengok ape yang berlaku kat dalam (tapi takde lampu pun ok je.. boleh suluh dgn handphone.. hehe)
-ada fan (kipas) * ni pun optional lah.. utk mencantikkan hasil baking-an anda saja. takde pun ok je.. saya jarang guna pun fan kat oven saya. kek karamel dan kek2 jenis meringue boleh masak dengan cantik, alhamdulillah.

Harga bagi oven seperti ini, sekitar RM200-400 boleh dapat ikut saiz kecik or besar. Carilah yg bersaiz sederhana jika anda memiliki/ bakal memiliki beberapa orang ahli keluarga. Agak2 boleh masuk 1kg ke.. oklah tu. Leh buat meniaga jugak sikit2 kalau kawan 2 tempah kek anda. hehe

Saya dapat Jenama Cornell dengan harga pada tahun 2009 tak sampai RM300. 
Saiz/ Capacity : 28Liter 
Power:  1500Watt

review: sangat puas hati. dah guna dekat 3 tahun dan kini June 2016, oven ini masih berkhidmat dgn baik. Tak pernah meragam. Banyak jasanya kepada kami sekeluarga. Saya selalu bakar Kek, roti (mmg dh bnyk Sgt) biskut raya, Ayam panggang.. pizza.. makaroni, ha.. mcm2lah sy buat. Paling bnyk ialah roti.. hihi..) alhmdulillah takde masalah. 

ok.. bersambung







Memperkenalkan Kalam Allah Kepada Anak Kecil (2)

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul Izzati. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, ahli kelarga dan para sahabat baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk menulis lagi. Selamat meraih rahmat & pengampunan Allah di bulan Ramadhan ini, masih ada sedikit lagi hari utk kita sama-sama mempergiatkan ibadah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah anak saya berusia 5 tahun boleh membaca Al-Quran. Setakat ini hanya takwid dengung, sabdu dan panjang pendek yang saya ajar dan tekankan. Nampaknya dia boleh mengikutinya dengan baik. Anak yang berusia 3 tahun pula hampir memasuki bacaan Iqra' 3. Bila fikir2 semula macam tak percaya pula. Sebab zaman2 saya dahulu apa pun tak tahu sewaktu seusia mereka.

Alhamdulillah,. bila kita mahukan kebaikan, Allah akan beri ilham2 samada datang dengan kelihatan "sengaja" atau dtg dengan kelihatan "kebetulan" tapi ingatlah semua kebaikan itu datangnya dari Allah jua. Sengaja atau kebetulan ia berlaku semuanya dengan izin Allah.

Dahulu saya selalu fikir apakah cara terbaik untuk mendidik anak2? Saya tidak mahu anak saya duduk di takuk seperti saya. Saya mahu mereka lebih baik lagi. Apakah caranya? Adalah juga saya usahakan sikit2 cari maklumat. Tapi kenapalah ketika itu saya tidak meminta kepada Allah? Sehinggalah suatu masa, saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk ditunjukkan apakah caranya & bagaimana? Sambil2 bat kerja di pejabat pun bila saya teringat pada anak2, saya akan doa dalam hati "ya Allah, bantulah kami dalam mendidik anak2. Kau tunjukkanlah ya Allah.. Kau didiklah anak2 kami ya Allah"

Bila kita minta kebaikan, Allah pasti beri. Baru kini saya faham "Jika kita datang kpd Allah dengan merangkak, Allah datang dengan berjalan. Jika kita datang dengan berjalan, Allah datang dengan berlari.." ingatlah Allah Maha Penyayang. Kasih Sayang Allah kpd hambaNya tidak tergambarkan. Ia tidak zalim, malah kitalah yang zalim. Jika kita meminta perkara baik, pasti Dia kabulkan. Allah bukanlah miskin untuk memberi kpd hambaNya. Allah Maha Kaya , bukannya kedekut dan berkira2, malah Maha Pemurah.

Allah tidak pernah lupa atau lalai, tiada sekutu bagiNya. Malah, kitalah yang menzalimi diri sendiri, selalu terlupa akan Tuhan yang sebenarnya. Ada juga masanya kita bagaikan "bertuhankan" duit. Sebab kita ada rasa "kalau takde duit takleh itu dan takleh ini.." Maka duitlah "tuhan" kita. Apa yang benar ialah "Kalau takde Allah dalam hati kita, takleh itu dan ini.. Kalau kita tak libatkan Allah dlm urusan2 kita, tiada kebaikan dan kejayaan. "

Mari kita ajarkan kepada anak2 kita akan perkara ini. Jangan bertuhankan "duit" mahupun bertuhankan "ikhtiar". atau apa2 sahaja seperti mengharapkan sijil/ ijazah, kelulusan itu dan ini.. Kalau duit boleh bagi kesenangan, kenapa ramai yang berduit tapi tidak senang. Harta menimbun bagaikan topeng, malah harta itulah yang membuatnya susah. Susah kerana tidur tidak lena, asyik memikirkan harta-hartanya, untung ruginya, menjaga setiap inci pergerakannya utk menjaga status dan jawatannya. Mengapa ada orang ikhtiar; dapat. Ada orang ikhtiar tak dapat. Ada org buat sekali berjaya, ada orang buat berkali2 tak berjaya, Malah ada yang tidak ikhtiar pun dapat tanpa usaha. Nah, inilah membuktikan bukan ikhtiar yang "memberi" kejayaan, kemenangan, atau apa sahaja. Malah sebenarnya Allahlah yang memberi. Ikhtiar itu hanyalah "ibadat" kita kepada Allah. Ikhtiar itu hanyalah "adab" kita kepada Allah.

Subhanallah.. asyik pula rasanya bila bercakap2 dalam hati mengenai kebesaran Allah. Ya Allah, berikan kami kefahaman dalam agama ini dan kenalkanlah kepada kami akan kasih sayangMu ya Allah!

~wallahua'lam

Monday, March 11, 2013

Memperkenalkan Kalam Allah Kepada Anak Kecil

Kira-kira 4 bulan lepas saya bertemu dengan satu blog mendidik anak dengan Al Quran. Saya sangat bersyukur kerana Allah mentakdirkan saya bertemu dengan penulisan Pn.Lina ini, yang sangat berjiwa besar dan punyai  cita2 besar memasukkan AlQuran ke dalam dada anak2 sedari dalam kandungan lagi.

Pemikiran Puan Lina yang mendapat inspirasi dari kisah ibu2 hebat seperti ibu Sultan Muhammad al Fateh (penakluk Kota Konstantinopal) dan lain-lain sangat memberi kesan kepada saya dan memotivasikan saya untuk memulakan secepat mungkin untuk memngajar anak2 saya yang berusia 2 & 4 tahun untuk menghafal & membaca Quran.

untuk lebih memahami apa yang menyebabkan saya sgt2 terinspirasi, sila layari blog beliau. semoga Allah melimpahkan rahmat kpd Pn. Lina sekeluarga... -->>> http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Semangat saya sebelum ini untuk mengajar anak2 yg masih kecil menghafal surah2 simple dan mengenal huruf hijaiyyah tidaklah konsisten. Tetapi selepas membaca penulisan beliau, Alhamdulillah, Allah membantu saya dgn memberi kekuatan berusaha merealisasikan apa yang terfikir di benak ini sejak sekian lama.

Kaedah2 yang diajarkan memang berkesan. tidak semestinya ibu bekerja tidak boleh memberi yang terbaik utk mengajar anak2 membaca mengenal & Quran. Sehari 20 minit ke setengah jam saya peruntukan untuk 2 orang anak-anak saya. Alhamdulillah, yang sulong usia 5 tahun (Feb 2013) telah mebaca Iqra' 5 dalam tempoh 4 bulan. Boleh membaca tanda bacaan "Sabdu". Saya sungguh teruja dengan kebolehannya. Sungguh tidak saya sangka.. rupa2nya anak2 kita sebenarnya boleh! Cuma saja kita yang tidak mulakan dari awal. Ada juga tertanya di benak saya "Kenapalah aku tidak mulakan lebih awal lagi?" tetapi, semua yang telah lepas ialah takdir.

Kelalaian sendiri tak boleh nak patah balik. Saya pegang pesan Ustaz Don "Tiada istilah terlambat" dalam mendidik/ menyampaikan ilmu kalau ikut Nabi S.A.W mendidik anak2 dan menyebarkan ilmu.

Anak saya yang ke-2 memulakan membaca Iqra ketika usia 2 tahun setengah. dalam tempoh 4 bulan , berjaya baca Iqra' 2. Walaupun bukanlah pencapaian terbaik, tetapi saya bersyukur sebab adik ni.. seorang budak lelaki yang sangat aktif tidak reti duduk diam.. agak sukar untuk saya mendapatkan fokusnya. Saya berusaha menyelitkan flash card (yang saya buat sendiri guna kotak susunya dan gunting2) sambil dia bermain melompat2.. saya suakan flash card. Alhamdulillah, teknik yang sgt berkesan. anak2 boleh mengingat dengan lebih cepat.

....bersambung...

Saturday, February 16, 2013

Nafas Baru..

Assalamu'alaikum kepada pembaca sekalian, 

Lama sungguh saya tidak update blog. Bukannya takda masa tapi lebih utamakan perkara lain dari meng-update blog. Rugi pulak bila pikir2kan.. walhal kita boleh kongsikan banyak perkara bermanfaat bersama. 

Tahun 2013 ini rasanya bagaikan nafas baru kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih matang dan lebih bertenang berbanding sebelum ini. Pengalaman hidup yang tak seberapa tetapi sangat berharga dari sehari ke sehari.. sebagai ibu, isteri, anak, pekerja, kawan, menantu, ipar, kakak, sepupu dan segala pangkat yang diberi secara otomatik atau manual hehe.. 

Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang sangat baik. Samada pengalaman sendiri atau melihat/mendengar pengalamn orang lain, akan membawa pengajaran kepada kita ~andai kita mahu memikirkan dan mahu mengambil iktibar. 

Ingatlah wahai diriku dan teman2 sekalian.. apa juga yang berlaku.. ujian2 yang melanda atau kenikmatan yang dikecapi semuanya adalah TANDA Kasih sayang Allah kepada kita. Allah hanya mahu kita kembali kepadaNya.. di waktu kita dilalaikan dengan "keindahan" dunia yang plastik ini, namun sungguh memukau.. Allah akan "jentik" kita utk memperingati kita bahwa dunia ini bukanlah sebenarnya tempat kita. 

Kita sebenarnya sedang berjalan menuju ke kampung abadi.. asal usul kita dari syurga.. kampung akhirat. namun, adakah kita berjaya kembali kpd kampung asal usul "Ibu Bapa" kita (Adam a.s & Hawa) di Syurga?? ataukah kita tersalah jalan kerana sengaja membelok haluan menuju jalan lain yang hati kita suka sebab nampak cantik, selesa.. terpukau indah memukau?? (walhal sebenarnya kita diperdaya oleh dunia yang ibarat bangkai ini? 

Dan jika kita telah sedar dan tahu kita berada di jalan yang benar.. adakah kita hanya melihat sahaja jiran tetangga, kawan2, kita yang melalui perimpangan yang salah terus2an berada dijalan yang salah? tidakkah kita mahu mereka juga selamat seperti kita? adakah kita hanya pentingkan diri sendiri? Kalau kita tidak mampu dengan tulang empat kerat ini untuk melakukan sesuatu.. tidak mampukah kita berdoa dengan sekeping hati yang ada ini untuk kebaikan saudara2 kita?? Tega sungguh kita! atau lena sungguh "tidur" kita.

Disebabkan sikap pentingkan diri sendiri/ tidak pedulikan orang lain.. kita biarkan sahaja mereka terus2an tersalah dan tersesat.

Allah pasti akan "menjentik" kita supaya kita tersedar dari lamunan.. kalau kita masih tidak mencariNya.. Allah akan jentik lagi , lagi dan lagi.. sehinggalah kita benar2 mendekatiNya.. itulah antara tanda kasih sayang Allah.. 

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang betapa luasNya RahmatMu dan tingginya kasih sayangMu tidak terbanding dengan apa jua pun kasih sayang yang ada di alam jagat ini... 

Ampunkan aku atas dosa2ku.. kebodohan dan keangkuhanku sendiri. Mempertikaikan itu dan ini, walhal siapa Tuan dan siapa hamba? Layakkah seorang hamba yang hina mempersoalkan Tuannya? Padahal ia tahu Tuannya itu hanya mahukan yang terbaik utk dirinya sebagai hamba supaya selamat sejahtera??

Benarlah hamba ini bodoh dan angkuh.  aku hamba berdosa.. ampunkan HambaMu ini yaAllah..

~LA-ILA HA-ILLA ANTA SUBHA NAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN..

Thursday, November 10, 2011

Bersyukur dengan nikmat Nya

Ya Allah betapa besarnya nikmat yang Engkau telah kurniakan kepadaku dalam hidup ku di persinggahan ini..

ku renung gambar anak2 ku.. satu ketenangan yang sukar digambarkan menghinggapi hati ini. Itulah nikmat yang Allah kurniakan kepada insan2 yang bergelar ibu bapa. betullah kata org2 tua, anak itu "cahaya mata".

Syukur ya Allah atas segala yang Engkau kurniakan. Apalagi nikmat2 Mu yang didustakan?

Aku dapat duduk menulis di blog ini juga suatu nikmat yang bukan kecil. aku duduk dengan selesa dan sihat, tanpa ada halangan.. Alhamdulillah. Usah difikirkan perkara lain yang lebih besar seperti ada tempat tinggal selesa walhal di luar sana ramai yang menjadi pelarian. Ada kenderaan; walhal ramai orang yang tiada kenderaan, sukar mahu ke sana ke mari. terpaksa berpanas berhujan menunggu bas di tepi jalan..

aku ada ilmu yang membolehkan aku membuat berbagai2 perkara dalam memenuhi keperluan urusan hidup yang sementara ini, walhal diluar sana berapa ramai yang tiada peluang belajar kerana kemiskinan, peperangan, kecacatan dan sebaginya.

ini semua adalah datangnya dari Allah yang Maha Memberi, Maha Penyayang , Maha BEsar. Kita tiada kuasa LANGSUNG mendapat semua apa yang telah kita dapat dalam hidup ni.

Kalau Allah nk bagi semua yang aku dapat ni kepada org lain boleh saja. perkara kecil saja. Kalau Allah bagi kat orang lain, aku takleh buat apa2. semua datang dari Allah.. manusia TIADA kuasa.

Jika selalu kita memikirkan nikmat Allah, pasti kita akan BERSYUKUR dan tidak keluh kesah.

maka akan lahirlah ketenangan dalam hidup. Aku mengingatkan diriku sendiri, sentiasalah memikirkan nikmat2 yang Allah telah kurniakan dan hentikan memikirkan apa yang tiada. mari renung2 lirik lagu ini:


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

Thursday, March 17, 2011

Donut lembut dan gebu

Harini saya ingin berkongsi cara membuat donut yang lembut dan gebu.
setelah membuat bacaan2 dan carian dengan encik Google, saya mendapati terdapat beberapa bahan digunakan untuk melembutkan tekstur donut.

1) tepung protein tinggi/ tepung roti
2) bread improver
3) doh softener
4) water roux
5) tepung naik sendiri
6) teknik menguli yang betul (uli sampai doh betul2 elastik)

resepi untuk membuat donut adalah sama saja. bahan asasnya ialah tepung, yis, mentega/ minyak/ shortening, gula, sedikit garam, telur (optional)
bahan2 yang tersenarai di atas ialah bahan yang melembutkan lagi tekstur donut. tapi kalau tak letak pun, donut tetap jadi jugak.. dengan hanya bahan2 asas tersebut dan teknik membancuh, menguli dan memerap yang betul.

terdapat juga petua2 tertentu bagi melembutkan donut anda iaitu:

1) uli mesti sampai doh elastik.. terutamanya bila guna tepung high protein (tepung roti) kebiasaanya, saya uli lama2 Smpai doh betul2 elastic.

Inilah rupa doh yg telan diuli dgn Betul . Tapi mcmni hanya boleh dapat bila kita guna tepung high protein ya.. Nanti hasilnya donut kita sgtlah gebu..mcm donut big Apple tu..hihi

ok.. setakat ini dahulu.. kbai..

Wednesday, November 17, 2010

amalan bagi yang ditimpa musibah

assalamu'alaikum kpd pembaca yg dikasihi sekalian..
semenjak kebelakangan ini byk benar khabar duka yang saya dengar dan lihat.
ingin saya berkongsi ilmu yang ada ini untuk manfaat bersama (saya dan pembaca sama2 amalkan) insyaAllah

1. baca surah Al-Insyirah 7x selepas tiap2 solat fardhu
2.membaca do'a ketika susah/ ditimpa musibah sebanyak 1000x setiap hari.. (patikan cukup 1000 x)
do'anye: Masya Allah.. Lahaula wala Quwwata Illa Billa hil 'Aliyyil 'Azim.

insyaAllah akan dipermudahkan urusan dalam menempuh kesukaran/kesusahan tersebut.

kembalilah pada Allah walau ape pun yg berlaku..
ingatlah wahai diriku dan sahabat2.. hati2 manusia itu semuanya milik Allah.. maka mohonlah kepadaNya jika hal masalah itu bersangkutan dengan insan lain

jika hal tersebut berkaitan penyakit, ia mungkin kafarah/ penebus dosa2 kita yg lalu atau Allah sayangkan kita, that's y Allah beri sakit tu sbb bile sakit kita akan ingat padaNya
atau jika hal2 lain.. ingatlah segala sesuatu itu berlaku dgn izin dariNya.
maka, kembalilah kepadaNya.
mudah2an kita kembali kpdNya dlm apa jua keadaan.. suka/ duka. insyaAllah.. amin :)

Tuesday, July 20, 2010

DOA RABITAH

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal pada
Muhidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

renung2kan..

Do not treat people with contempt, nor walk insolently on the earth. Allah does not love the arrogant or the self-conceited boaster. Be modest in your bearing and subdue your voice, for the most unpleasant of voices is the braying of the ass.-Luqman 31:18-19

Kasih Ayah dan Ibu

Kasih Ayah dan Ibu
(syair lama yang digubah oleh Dr Lim Swee Tin)

Hai segala anaknya Adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan

Ibu mengandung sembilan bulan
lebih dan kurang tak ditentukan
lahirkan dikau berapa kesakitan
berpantang pula minum dan makan

cukuplah masa sampai ketika
lahirlah engkau ke dalam dunia
barulah suka ibu dan bapa
kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
tinggilah harap darinya bukit
lama ibumu berasa sakit
sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
siang dan malam ibumu jaga
tidur pun tidak barang seketika
makan dan minum tidak berasa

Berapalah dian dengannya tanglung
diangkat dituam lalu dibedung
sudahlah jaga lalu didukung
kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
bangun memangku di dalam kelam
terkejut jaga di tengah malam
tidur pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
kain dan baju tidak dipandang
basah di ampai kering di pinggang
di dukung galas tidak berenggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
barang katanya jangan dilawan
ibu bapamu hubungan Tuhan
baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya Adam
kasihnya ibu tiada sempadan
kasihnya ayah rela berkorban
badan dan nyawa jadi taruhan


(mendayu2 dgr syair ni.. mengalir air mata terkenangkan jasa n pengorbanan mak dan abah.. semoga mak n abah sentiasa dlm rahmat Allah.. amin)