Friday, August 2, 2013

Memperkenalkan Kalam Allah Kepada Anak Kecil (2)

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Robbul Izzati. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, ahli kelarga dan para sahabat baginda sallallahu 'alaihi wasallam. Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk menulis lagi. Selamat meraih rahmat & pengampunan Allah di bulan Ramadhan ini, masih ada sedikit lagi hari utk kita sama-sama mempergiatkan ibadah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah anak saya berusia 5 tahun boleh membaca Al-Quran. Setakat ini hanya takwid dengung, sabdu dan panjang pendek yang saya ajar dan tekankan. Nampaknya dia boleh mengikutinya dengan baik. Anak yang berusia 3 tahun pula hampir memasuki bacaan Iqra' 3. Bila fikir2 semula macam tak percaya pula. Sebab zaman2 saya dahulu apa pun tak tahu sewaktu seusia mereka.

Alhamdulillah,. bila kita mahukan kebaikan, Allah akan beri ilham2 samada datang dengan kelihatan "sengaja" atau dtg dengan kelihatan "kebetulan" tapi ingatlah semua kebaikan itu datangnya dari Allah jua. Sengaja atau kebetulan ia berlaku semuanya dengan izin Allah.

Dahulu saya selalu fikir apakah cara terbaik untuk mendidik anak2? Saya tidak mahu anak saya duduk di takuk seperti saya. Saya mahu mereka lebih baik lagi. Apakah caranya? Adalah juga saya usahakan sikit2 cari maklumat. Tapi kenapalah ketika itu saya tidak meminta kepada Allah? Sehinggalah suatu masa, saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk ditunjukkan apakah caranya & bagaimana? Sambil2 bat kerja di pejabat pun bila saya teringat pada anak2, saya akan doa dalam hati "ya Allah, bantulah kami dalam mendidik anak2. Kau tunjukkanlah ya Allah.. Kau didiklah anak2 kami ya Allah"

Bila kita minta kebaikan, Allah pasti beri. Baru kini saya faham "Jika kita datang kpd Allah dengan merangkak, Allah datang dengan berjalan. Jika kita datang dengan berjalan, Allah datang dengan berlari.." ingatlah Allah Maha Penyayang. Kasih Sayang Allah kpd hambaNya tidak tergambarkan. Ia tidak zalim, malah kitalah yang zalim. Jika kita meminta perkara baik, pasti Dia kabulkan. Allah bukanlah miskin untuk memberi kpd hambaNya. Allah Maha Kaya , bukannya kedekut dan berkira2, malah Maha Pemurah.

Allah tidak pernah lupa atau lalai, tiada sekutu bagiNya. Malah, kitalah yang menzalimi diri sendiri, selalu terlupa akan Tuhan yang sebenarnya. Ada juga masanya kita bagaikan "bertuhankan" duit. Sebab kita ada rasa "kalau takde duit takleh itu dan takleh ini.." Maka duitlah "tuhan" kita. Apa yang benar ialah "Kalau takde Allah dalam hati kita, takleh itu dan ini.. Kalau kita tak libatkan Allah dlm urusan2 kita, tiada kebaikan dan kejayaan. "

Mari kita ajarkan kepada anak2 kita akan perkara ini. Jangan bertuhankan "duit" mahupun bertuhankan "ikhtiar". atau apa2 sahaja seperti mengharapkan sijil/ ijazah, kelulusan itu dan ini.. Kalau duit boleh bagi kesenangan, kenapa ramai yang berduit tapi tidak senang. Harta menimbun bagaikan topeng, malah harta itulah yang membuatnya susah. Susah kerana tidur tidak lena, asyik memikirkan harta-hartanya, untung ruginya, menjaga setiap inci pergerakannya utk menjaga status dan jawatannya. Mengapa ada orang ikhtiar; dapat. Ada orang ikhtiar tak dapat. Ada org buat sekali berjaya, ada orang buat berkali2 tak berjaya, Malah ada yang tidak ikhtiar pun dapat tanpa usaha. Nah, inilah membuktikan bukan ikhtiar yang "memberi" kejayaan, kemenangan, atau apa sahaja. Malah sebenarnya Allahlah yang memberi. Ikhtiar itu hanyalah "ibadat" kita kepada Allah. Ikhtiar itu hanyalah "adab" kita kepada Allah.

Subhanallah.. asyik pula rasanya bila bercakap2 dalam hati mengenai kebesaran Allah. Ya Allah, berikan kami kefahaman dalam agama ini dan kenalkanlah kepada kami akan kasih sayangMu ya Allah!

~wallahua'lam

No comments: