Friday, August 2, 2013

Panduan Membeli Oven

BismillahiRRohmaNiRRoohim

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya menulis lagi. Saya ingin kongsikan sedikit tips kepada yang baru pertama kali ingin membeli oven. Bagi yang telah memilikinya, mungkin telah tahu apa sebenarnya yang anda mahukan dalam penggunaan seharian.

Tips2 yang saya kongsikan disini ialah berdasarkan pengalaman sendiri dan sesuai bagi mereka yang mahu menjimatkan perbelanjaan / dengan kata lain mendapat lebih nilai dalam wang yang anda keluarkan bagi membelinya.

Mungkin bagi anda yang "kaya" tak kisahlah beli saja.. kalau tak berkenan, boleh beli yang lain. Oklah kalau anda berfikiran begitu. Bagus juga oven lama anda disedekahkan ke rumah anak2 yatim or golongan miskin supaya ibu mereka dapat menggunakannya sebagai alat utk menambah pendapatan. Dapat juga jual kek karamel, biskut raya dll..

Bagaimanapun, kita mestilah bijak dalam menguruskan perbelanjaan. Saya pernah jumpa seorang beli oven biasa sahaja dengan harga RM3000+. Oven saiz sedang2 saja.. takat boleh bakar kek 1 Kg saja. Pulaknye, takde warranty. Takde buku manual, apeke heynye cik kiah oi..?

Eh, takpe sbb dapat byk hadiah lain.. periuk belanga..

Oh, tidak.. sayangnya.. mcm kena tipu saja. Dengan harga demikian, tahukah anda.. anda boleh membeli oven dua fungsi iaitu fungsi membakar + fungsi gelombang micro. Periuk belanga tu beli yang kualiti pun, takkan sampai ribu2 harganya cik akak,.. PLUS anda boleh dapat warranty, manual book, dan servis yang baik bagi barang elektrik jenama terkemuka.

Ok, perkara pertama yang mesti anda tahu ialah apa sebenarnya tujuan anda ingin membeli oven.

1) Sekadar suka2 sebab dapur takde aksesori
2) Untuk kegunaan masa depan. Sebagai aset saja sebelum wang habis entah kemana
3) Untuk panaskan lauk pauk atau defrost makanan dari freezer sahaja.
4) Untuk buat kek/ biskut tujuan bukan komersial sekadar makan2 sendiri
5) Untuk buat kek/ biskut tujuan berniaga (komersial)
6) Untuk boleh digunakan dalam semua keadaan, utk buat kek biasa, kek lapis, roti, biskut, defrost makanan dari freezer, memanggang, membakar dll gunaan dapur rumah.

Memandangkan saya wanita bekerja tapi pada masa yang sama saya amat meminati kerja2 memasak, maka saya highlight dulu sebab yang no.6 di atas tu.

Bagi membakar kek/biskut/roti/pizza/ayam, INGAT ni ok.. sebaiknya anda membeli oven yang memiliki ciri2 seperti:

- fungsi api atas DAN bawah
-ada button utk padamkan api atas sahaja atau padamkan api bawah sahaja. (tujuan utk kek masak dengan rata dan tidak hangus sebelah bawah sahaja. tapi atas tak masak sempurna, dan utk bakar kek lapis)
-ada lampu (utk tengok ape yang berlaku kat dalam (tapi takde lampu pun ok je.. boleh suluh dgn handphone.. hehe)
-ada fan (kipas) * ni pun optional lah.. utk mencantikkan hasil baking-an anda saja. takde pun ok je.. saya jarang guna pun fan kat oven saya. kek karamel dan kek2 jenis meringue boleh masak dengan cantik, alhamdulillah.

Harga bagi oven seperti ini, sekitar RM200-400 boleh dapat ikut saiz kecik or besar. Carilah yg bersaiz sederhana jika anda memiliki/ bakal memiliki beberapa orang ahli keluarga. Agak2 boleh masuk 1kg ke.. oklah tu. Leh buat meniaga jugak sikit2 kalau kawan 2 tempah kek anda. hehe

Saya dapat Jenama Cornell dengan harga pada tahun 2009 tak sampai RM300. 
Saiz/ Capacity : 28Liter 
Power:  1500Watt

review: sangat puas hati. dah guna dekat 3 tahun dan kini June 2016, oven ini masih berkhidmat dgn baik. Tak pernah meragam. Banyak jasanya kepada kami sekeluarga. Saya selalu bakar Kek, roti (mmg dh bnyk Sgt) biskut raya, Ayam panggang.. pizza.. makaroni, ha.. mcm2lah sy buat. Paling bnyk ialah roti.. hihi..) alhmdulillah takde masalah. 

ok.. bersambung







24 comments:

nani said...

As salam...saya tgh cari oven utk masak2 sendiri...info ni sangat berguna..tq!!!

Dzulkarnain Zulkifri said...
This comment has been removed by the author.
Dzulkarnain Zulkifri said...

Assalamualaikum.. saya juga sdg mcari tips utk mbeli oven pertama kalinya.. post di atas mmg byk mbantu sy.. sy teringin utk meniaga kek scara kecil2lan dr rumah.. terima kasih banyak ya.. :-)

farhana said...

Tq for this post. Membantu sy nk beli oven in future. Sy pn kat no 6. Nk yg blh bake kek n ayam daging segala :)

mrsfadli said...

Walaikumussalam cik Nani.. u r welcome :) terima kasih sudi singgah ke blog saya

mrsfadli said...

Wkmsslm En.Dzul karnain. Jika ingin fokus pada kek.. carilah oven yang ada fungsi fan, ada button boleh laras api atas bawah. (atas/ bawah sahaja atau secara serentak)semoga manfaat bersama :)

mrsfadli said...

Cik Farhana.. suka yang serbaguna.. mcm saya juga! kalau ada budget.. beli convection oven with microwave and grill (oven dua fungsi). harga RM500 ke atas. yg glamour panasonic .. semoga membantu :)

bagus said...

Tulisannya bagus dan bermanfaat, terima kasih untuk sharing-nya

Salam,

Kenari Putih said...

Terima kasih atas tipnya tu. Sy blm ada oven lagi. Sy nak beli oven atas s3bab no.2. Hihi.. nant kalo bt serabut nk piloh mana 1, angkat la cornell 1. Hihi

mrsfadli said...

Kenari putih..sama2 :-)
Kalau cenggitu amik yg kecik2 je..
Lepas utk buat kek separuh adunan.. Nk buat cookies sikit2.. Nk buat ayam panggang.. Tp sikit2 jelah...hihi

mrsfadli said...

Thanx sudi singgah sini ya..

Ruzana Ibs said...

Dah a few blogs yang saya baca, suggested cornell.
Am looking for an oven sebab nak pindah jauh & stove with oven akan ditinggalkan di rumah lama.
TQ for this tips.

mrsfadli said...

Mcmana cik Ruzana.. dah rembat oven?
Cik Cornell Saya tu sampai sekarang 2016,masih setia berkhidmat. Berbaloi2 Sgt beli. Tak pernah buat perangai..harap2 dia kekal sihat sampai tua...hihi

Elun said...

Tq atas tip dn penghadang,esk nk g beli.

mary said...

Tq sharing ttg ilmu beli oven.sgt mbantu

Aaron saladin said...

Terima kasih banyak.Info yang berguna




ana_muna said...

Welcome Elun :)

ana_muna said...

Welcome Mary Jaungin

ana_muna said...

Sama2 Aaron saladin :)

My Sewing Memory said...

Sharing yg berguna sbb oben sy rosak.. Digital la sgt tp sampai masa agaknye.. Now im looking for a new budget oven n found ur article. Jazakallah..

Madani said...

Thanks for info👍

Unknown said...

Salam saya ada nk jual oven dgn harga 1000.00

Anonymous said...

Perkongsian yg sangat mbantu. Terima kasih.

Unknown said...

Saya pun tengah usha oven..alhamdullilah.dpt info dr blog ni